Thursday, March 8, 2012

Pembinaan Surau Harmoni


Sukacita dimaklumkan kerja-kerja pembinaan Surau Harmoni akan dimulakan pada bulan Mac ini. Sehubungan dengan itu, bagi memohon keberkatan dan menandakan kesyukuran satu majlis telah diadakan seperti butiran berikut :-
Majlis : Bacaan Yaasin, Doa Selamat dan Solat Hajat
Tarikh : 9hb Mac 2012
Tempat : No. 11, Jalan Harmoni 2
Masa : 8:00 malam

Semua penduduk Nusa Damai dialu-alukan untukmenghulurkan sumbangan kewangan bagi menampung Dana surau tersebut. Sebarang kemusykilan sila hubungi Abd. Rashid bin Abdullah ( 014-6234699 )

bagi pihak,
Adhar bin Baharim ( 017-7408165 )
Pengerusi Persatuan Permuafakatan Penduduk Harmoni

Monday, August 22, 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
1 SYAWAL 1432
bersamaan
30hb Ogos 2011

Saturday, February 19, 2011

YDP MPPG & PENDUDUK

PROGRAM
GOTONG ROYONG PERDANA

TARIKH
20hb hingga 26hb Februari 2011

MASA
JAM 8 PAGI

TEMPAT
SEMUA FASA, NUSA DAMAI

ANJURAN
JAWATANKUASA PENDUDUK ZON NUSA DAMAI

dengan kerjasama
SEMUA PERSATUAN PENDUDUK
DAN
BADAN BUKAN KERAJAAN, NUSA DAMAI


PROGRAM YDP MPPG TURUN PADANG

TARIKH
27hb FEBRUARI 2011
( AHAD )


MASA
JAM 7:30 PAGI

TEMPAT
MEDAN SELERA
JALAN DAMAI UTAMA

( PADANG FUTSAL )

PELBAGAI ACARA DIADAKAN SEPANJANG PROGRAM TERSEBUT

SENAMROBIK,
SUKANEKA,
TARIK TALI
dan lain-lain

JAMUAN RINGAN DISEDIAKAN

SEMUA PENDUDUK DIJEMPUT HADIR

MASYARAKAT PRIHATIN NUSA DAMAI MAKMUR

Thursday, May 6, 2010

Bowling Terbuka Nusa Damai

DAFTAR SEGERA
terbuka kepada semua penduduk Nusa Damai & Zon Pasir Gudang
Tempat : Daiman Bowl
Masa : 9.30pagi
Tarikh : 30hb Mei 2010 ( Ahad )
Bayaran : RM100
( untuk satu pasukan : 3 orang )

sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
  1. En. Selamat bin Tumpang h/p : 013-7396856
  2. En. Zulkifli bin Zainal h/p : 019-7699978
mari kita meriahkan bersama-sama

Sunday, April 4, 2010

MaulidurRasul Perdana

MAJLIS SAMBUTAN
MAULIDURRASUL PERDANA

TAMAN NUSA DAMAI
2010M / 1431 H

semua muslimin dan muslimat dijemput hadir













mendengar Ceramah yang disampaikan oleh
Ustaz Muliade Umat@Bidin
http://www.motivasiustazrock.blogspot.com

Sunday, March 28, 2010

Zon Riang


Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Zon Riang
Nusa Damai
27hb Mac 2010

MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH

AJK Penaja KRT Zon Riang telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Peringkat Zon Riang. Majlis tahunan ini merupakan majlis kali kelima berjaya dianjurkan di peringkat Zon Riang. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan.

Aturcara majlis dimulakan dengan Perarakan sekitar Zon Riang, Solat Isya' berjemaah dan Ceramah Agama telah disampaikan oleh Ustaz Mahmood bin Kasim, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang ( Agama Islam ).

Semoga semangat kejiranan yang sentiasa dipupuk oleh warga Zon Riang dalam bekerjasama menjayakan apa sahaja majlis dapat mengeratkan lagi tali silaturahim dan muhibbah sesama jiran tanpa mengira bangsa dan agama.


Saturday, January 23, 2010

DYMM Sultan Johor

JOHOR BARU, Jan 22 (Bernama) -- DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail telah diisytiharkan mangkat di Hospital Pakar Puteri pada hari Jumaat, jam 7:08malam


DYMM Sultan Iskandar telah diputerakan pada 8hb April 1932 in Johor Baru dan telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di Pertuan bagi Jajahan Takluk Johor pada 11hb Mei 1981. Baginda juga pernah ditabalkan sebagai DYMM Yang Di-Pertuan Agong dari 26hb April 1984 hingga 25hb April 1989.





Tunku Ibrahim Ismail