Wednesday, December 17, 2008

Korban

Saturday, November 29, 2008

Latihan Kompang


Nusa Damai
- Latihan Kompang berjalan seperti biasa. Aktiviti berfaedah ini diharapkan dapat memberi peluang remaja Nusa Damai melibatkan diri dalam masyarakat & mengisi masa yang terluang.


Maklumat latihan adalah seperti berikut:-
Hari : Jumaat
Masa : 9:30 malam
Tempat : Surau Nusa Damai

Sunday, November 2, 2008

Jurulatih


Sedutan dari penaja ABS



Kini ABS telah di latih oleh jurulatih yang bertauliah yang memiliki lesen C dari FAM dalam kejurulatihan.Dapatkan cerita selanjutnya di blog kami

Monday, October 6, 2008

Terkini

Gawat Nusa Damai Banjir


Pasir Gudang - Hari ini dalam pukul 2.20 petang sebahagian besar kawasan Pasir Gudang telah mengalami hujan yang sangat lebat termasuklah taman kediamanku iaitu Taman Nusa Damai.


Hujan yang lebat dalam tempoh 1 jam setengah ini telah mengakibatkan terdapat sebahagian penempatan di Nusa Damai ditenggelami air.


Terdapat lebih kurang 10 hingga 15 buah rumah yang dimasuki air. Banjir kali ini merupakan kejadian yang kedua menimpa penduduk terbabit sejak 1 Syawal tempohari.


Lebih memburukkan keadaan, perhubungan jalan turut terputus. Penduduk daripada kawasan Riang, Kiara dan Harmoni tidak dapat keluar atau masuk kerana jalan raya yang menghubungkan kawasan mereka dinaiki air.


Semoga mangsa banjir di Nusa Damai tabah menghadapi dugaan yang melanda ini.



Tuesday, September 23, 2008

Pendaftaran ABS

ABS akan buka pendaftaran bagi pelajar-pelajar baru.

Sila layari blog kami untuk keterangan lebih lanjut layari akademik bolasepak sentosa

Sunday, September 21, 2008

Aidil Fitri



Hari Raya Aidilfitri (also Hari Raya Puasa, literally "Celebration Day of Fasting")
is the Malay term for the Muslim festival of Eid ul-Fitr. Hari Raya is also known as Lebaran. Muslims in Brunei, Malaysia and Singapore celebrate Eid like other Muslims throughout the world. The term "Hari Raya" literally means "Day of Celebration" — it is also occasionally used to refer to Eid ul-Adha in the form of "Hari Raya Aidiladha".


The main greeting used by Muslims in Malaysia and Singapore is "Selamat Hari Raya" which means "Happy Eid" in Malay. Another greeting is "maaf zahir dan batin" which translates loosely to "I seek forgiveness (from you) physically and spiritually", for Hari Raya is a time to reconcile and renew relationships with others.


Thursday, September 18, 2008

RM untuk Zakat Fitrah

Mari kita tinjau kadar Zakat Fitrah berikut :







Adakah ekonomi warga Islam di Malaysia bertambah baik ?

Wednesday, September 10, 2008

Sentosa Sport Centre

ABS sedang membina satu pusat membeli belah barangan sukan secara online untuk dana ABS sendiri. Kepada sesiapa yang inginkan barangan sukan berjenama boleh diperolehi di Sentosa Sport Centre. Selain daripada itu, ABS juga meminta sumbangan kepada semua untuk meng'klik'kan kesemua penaja kami di blog kami setiap kali anda melayari blog kami. Ini juga satu inisiatif kami untuk mengumpul dana ABS.

Sokongan dari anda semua amat kami hargai.

Terima kasih

Saturday, August 30, 2008

Friday, August 29, 2008

Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Berpuasa

Kami dari pihak ABS mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51 dan Selamat berpuasa bagi umat-umat islam.

Sunday, August 24, 2008

Gambar-gambar Program Ceramah Perdana Anjuran KRT Sentosa & Surau Nusa Damai















Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri Johor

Bertempat di Plaza Sutera Mall, Taman Sutera Utama, Johor Bahru telah dilancarkan Program Bulan Pencegahan Jenayah peringkat negeri Johor. Program tersebut yang bertemakan " Konsep Bandar Selamat" telah dirasmikan oleh YB Tan Kok Hong wakil rasmi YAB Dato' Hj Abdul Ghani Bin Othman Menteri Besar Johor. Dalam pelancaran program tersebut pelbagai acara telah diadakan seperti pertunjukan demontrasi curi ragut dan cara pencegahannya serta demontrasi kejadian rogol serta langkah pencegahannya. Ruang pameran juga turut diadakan untuk para pengunjung mendapatkan maklumat.




Saturday, August 23, 2008

Perlawanan Persahabatan ABS vs Jkid



Kepada semua,

Perlawanan persahabatan antara ABS dengan JKid telah diubah seperti matlumat dibawah :


Tarikh : 24 Ogos 2008

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Padang MPPG Taman Mawar ( Padang bomba )


Dijemput kepada semua hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak kita dalam perlawanan ini


Terima kasih

Friday, August 22, 2008

Program Ceramah Perdana

Tajuk : PERANAN KEJIRANAN DALAM PEMBENTUKAN UMMAH
Tarikh : 23hb Ogos 2008
Masa : 9:00 malam
Tempat : TAPAK Medan Selera Nusa Damai
Penceramah
: Ustaz Haji Md. Nor Rashid
Anjuran : KRT Zon Sentosa
bersama : AJK Surau Taman Nusa Damai


Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir !



Lokasi Nusa Damai

Kenali tempat anda sebelum mengenali tempat orang lain.

Kedudukan geografi Nusa Damai..



sekian, terima kasih.