Sunday, March 28, 2010

Zon Riang


Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Zon Riang
Nusa Damai
27hb Mac 2010

MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH

AJK Penaja KRT Zon Riang telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Peringkat Zon Riang. Majlis tahunan ini merupakan majlis kali kelima berjaya dianjurkan di peringkat Zon Riang. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan.

Aturcara majlis dimulakan dengan Perarakan sekitar Zon Riang, Solat Isya' berjemaah dan Ceramah Agama telah disampaikan oleh Ustaz Mahmood bin Kasim, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang ( Agama Islam ).

Semoga semangat kejiranan yang sentiasa dipupuk oleh warga Zon Riang dalam bekerjasama menjayakan apa sahaja majlis dapat mengeratkan lagi tali silaturahim dan muhibbah sesama jiran tanpa mengira bangsa dan agama.