Saturday, August 30, 2008

Bulan penuh berkat, Masyarakat Bersepakat





Friday, August 29, 2008

Selamat Menyambut Hari Merdeka dan Berpuasa

Kami dari pihak ABS mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 51 dan Selamat berpuasa bagi umat-umat islam.

Sunday, August 24, 2008

Gambar-gambar Program Ceramah Perdana Anjuran KRT Sentosa & Surau Nusa Damai















Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri Johor

Bertempat di Plaza Sutera Mall, Taman Sutera Utama, Johor Bahru telah dilancarkan Program Bulan Pencegahan Jenayah peringkat negeri Johor. Program tersebut yang bertemakan " Konsep Bandar Selamat" telah dirasmikan oleh YB Tan Kok Hong wakil rasmi YAB Dato' Hj Abdul Ghani Bin Othman Menteri Besar Johor. Dalam pelancaran program tersebut pelbagai acara telah diadakan seperti pertunjukan demontrasi curi ragut dan cara pencegahannya serta demontrasi kejadian rogol serta langkah pencegahannya. Ruang pameran juga turut diadakan untuk para pengunjung mendapatkan maklumat.




Saturday, August 23, 2008

Perlawanan Persahabatan ABS vs Jkid



Kepada semua,

Perlawanan persahabatan antara ABS dengan JKid telah diubah seperti matlumat dibawah :


Tarikh : 24 Ogos 2008

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Padang MPPG Taman Mawar ( Padang bomba )


Dijemput kepada semua hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak kita dalam perlawanan ini


Terima kasih

Friday, August 22, 2008

Program Ceramah Perdana

Tajuk : PERANAN KEJIRANAN DALAM PEMBENTUKAN UMMAH
Tarikh : 23hb Ogos 2008
Masa : 9:00 malam
Tempat : TAPAK Medan Selera Nusa Damai
Penceramah
: Ustaz Haji Md. Nor Rashid
Anjuran : KRT Zon Sentosa
bersama : AJK Surau Taman Nusa Damai


Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir !



Lokasi Nusa Damai

Kenali tempat anda sebelum mengenali tempat orang lain.

Kedudukan geografi Nusa Damai..



sekian, terima kasih.