Monday, October 6, 2008

Terkini

Gawat Nusa Damai Banjir


Pasir Gudang - Hari ini dalam pukul 2.20 petang sebahagian besar kawasan Pasir Gudang telah mengalami hujan yang sangat lebat termasuklah taman kediamanku iaitu Taman Nusa Damai.


Hujan yang lebat dalam tempoh 1 jam setengah ini telah mengakibatkan terdapat sebahagian penempatan di Nusa Damai ditenggelami air.


Terdapat lebih kurang 10 hingga 15 buah rumah yang dimasuki air. Banjir kali ini merupakan kejadian yang kedua menimpa penduduk terbabit sejak 1 Syawal tempohari.


Lebih memburukkan keadaan, perhubungan jalan turut terputus. Penduduk daripada kawasan Riang, Kiara dan Harmoni tidak dapat keluar atau masuk kerana jalan raya yang menghubungkan kawasan mereka dinaiki air.


Semoga mangsa banjir di Nusa Damai tabah menghadapi dugaan yang melanda ini.