Thursday, May 6, 2010

Bowling Terbuka Nusa Damai

DAFTAR SEGERA
terbuka kepada semua penduduk Nusa Damai & Zon Pasir Gudang
Tempat : Daiman Bowl
Masa : 9.30pagi
Tarikh : 30hb Mei 2010 ( Ahad )
Bayaran : RM100
( untuk satu pasukan : 3 orang )

sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
  1. En. Selamat bin Tumpang h/p : 013-7396856
  2. En. Zulkifli bin Zainal h/p : 019-7699978
mari kita meriahkan bersama-sama

Sunday, April 4, 2010

MaulidurRasul Perdana

MAJLIS SAMBUTAN
MAULIDURRASUL PERDANA

TAMAN NUSA DAMAI
2010M / 1431 H

semua muslimin dan muslimat dijemput hadir













mendengar Ceramah yang disampaikan oleh
Ustaz Muliade Umat@Bidin
http://www.motivasiustazrock.blogspot.com

Sunday, March 28, 2010

Zon Riang


Majlis Sambutan Maulidur Rasul
Peringkat Zon Riang
Nusa Damai
27hb Mac 2010

MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH

AJK Penaja KRT Zon Riang telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul, Peringkat Zon Riang. Majlis tahunan ini merupakan majlis kali kelima berjaya dianjurkan di peringkat Zon Riang. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan.

Aturcara majlis dimulakan dengan Perarakan sekitar Zon Riang, Solat Isya' berjemaah dan Ceramah Agama telah disampaikan oleh Ustaz Mahmood bin Kasim, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang ( Agama Islam ).

Semoga semangat kejiranan yang sentiasa dipupuk oleh warga Zon Riang dalam bekerjasama menjayakan apa sahaja majlis dapat mengeratkan lagi tali silaturahim dan muhibbah sesama jiran tanpa mengira bangsa dan agama.


Saturday, January 23, 2010

DYMM Sultan Johor

JOHOR BARU, Jan 22 (Bernama) -- DYMM Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail telah diisytiharkan mangkat di Hospital Pakar Puteri pada hari Jumaat, jam 7:08malam


DYMM Sultan Iskandar telah diputerakan pada 8hb April 1932 in Johor Baru dan telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di Pertuan bagi Jajahan Takluk Johor pada 11hb Mei 1981. Baginda juga pernah ditabalkan sebagai DYMM Yang Di-Pertuan Agong dari 26hb April 1984 hingga 25hb April 1989.





Tunku Ibrahim Ismail

Sunday, January 3, 2010

krtsentosa.co.cc


KRT Zon Sentosa kini boleh dicapai di alamat http://krtsentosa.co.cc

Sempena kempen pulang ke sekolah, KRT Zon Sentosa ingin mengucapkan Selamat Ke Sekolah bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2010. Ibubapa tentunya sibuk menguruskan urusan persekolahan anak masing-masing. Adalah diharapkan semua urusan tuan puan dapat diuruskan dengan cepat dan terancang hendaknya.

sekian.