Thursday, December 31, 2009

Wajah Baru 2010

Pasir Gudang -
Warga Nusa Damai mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Sebagai persediaan menyambut Tahun Baru 2010 , Laman Nusa Damai kini sedang dikemaskini demi pautan yang lebih pantas dan berintergrasi.



Adalah diharapkan kehadiran Tahun 2010 nanti , seluruh warga Nusa Damai akan memulakan langkah-langkah kehidupan dengan lebih bermakna lagi , Insya-Allah.

Kini Laman Nusa Damai boleh dicapai di http://nusadamai.co.cc , sekiranya masih ada ralat, akan dikemaskini dengan segera

Pautan lain adalah seperti berikut:-

KRT Zon Sentosa
Nusa Damai
Pemuda Nusa Damai
Umno Nusa Damai


perhatian : capaian terbaik hanya dengan menggunakan Mozilla FireFox

Friday, July 3, 2009

LakeHill Resort

Saturday, April 25, 2009

Penduduk sekitar Pasir Gudang dijemput ke





PROGRAM CUCIAN AMAL
( cuci kenderaan sambil menderma )
AHAD
10hb MEI 2009
( 9.00 pagi hingga 4.00 petang )

anjuran

KRT Zon Sentosa

bersama

Pemuda Umno
Cawangan Bandar Baru Nusa Damai

bertempat di

Tapak Medan Selera
Nusa Damai
81700 PASIR GUDANG

akan dirasmikan oleh
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang.



Dijemput hadir mencuci kereta sambil menderma !!



Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul

Saturday, February 28, 2009

Maulidur Rasul 1430H

Ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal bersamaan 9hb Mac 2009 diraikan penuh penghormatan dan penghayatan dengan mengadakan pelbagai acara keagamaan di seluruh negara seperti ceramah agama, nasyid, berselawat, berzanji, meraikan golongan fakir dan miskin.

Semua ini adalah sebagai tanda kasih umat Islam terhadap pemimpin agung yang menjadi manusia istimewa pilihan Allah. Kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin agung adalah rahmat bagi sekalian alam.

Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)